Sunday 13 April 2014

Pulau Jarak

Day 1

Sampai di jeti teluk batik jam 9.30 pagi. Bot dah standby untuk ke pulau. Layan sarapan nasi lemak ayam dulu, risau atas bot sat agi lapar. Dijangkakan 4 - 7 jam berdasarkan pengalaman kumpulan pertama dan kedua. Namun kali ni bernasib baik kerana dapat bot laju dan akan tiba dalam 2 jam lebih perjalanan.

 

Sebelum bergerak, telefon dulu mami and wife. Kat pulau nanti tidak ada rangkaian komunikasi, terputus hubung dari dunia luar kecuali rangkaian komunikasi tentera dan handheld rasmi kerja. Kekecewaan penduduk kajang, saya hanya dapat doakan yang terbaik untuk pilihanraya nanti.

 

Selesai memarkir kenderaan, maka berangkatlah dari teluk batik menuju pulau jarak. Sepanjang perjalanan, hari agak mendung. Kiri kanan kelihatan hujan turun di tengah lautan, namun bernasib baik lagi hari ni dapat merentasi lautan tanpa terkena hujan lebat. Hampir dalam 1 jam perjalanan baru servis telefon terputus dan tiada lagilah hubungan komunikasi. Harga sewa bot nak ke pulau jarak dalam rm1200 rasanya. Kalau nak mancing bayar rm500 boleh dah ke pulau pangkor 4,5 orang g mancing satu boat

 

Keadaan laut agak tenang, sesekali angin tiup dari arah kawasan hujan. Memandangkan masih lama lagi untuk tiba destinasi, baringlah atas bot sambil layan lagu kat oakley thump gua. Ikut brother eddie jurupandu bot, arus atau ombak putih yg terbentuk oleh tiupan angin dipanggil 'white horse'. Kalau dah nampak banyak tu, angin kuat la tu. Di sini menurut rakan yg dah 2x trip, diorg nampak puting beliung terbentuk atas lautan. Fuuhh.. Harap2 xda apa2 lah.. Hampir 2 jam, baru nampak kelibat pulau jarak.

 

Jam 1 tengah hari kami tiba di pulau jarak. Anggota2 askar dan 2 rakan kerja standby dah di jeti. Anggota2 askar disini sangat peramah dan ringan tulang. Sesedar habis barang dah diangkat ke atas dari bot. Dah tengah hari, di jamu makan di dewan makan buat pertama kali di sana. Jangkaan kerja kat pulau menyukarkan untuk mendapat bekalan makanan melecet sama sekali. Tukang masak askar disini, dengan panggilan ajak, sangat cekap memasak. Menu tengah hari tomyam dan ayam goreng. Pergh.. Sedap bak ang!

 

Selesai makan tengah hari, bersiap2 pula untuk group sebelum ini berangkat ke tanah besar dan meninggalkan gua dengan partner dari base ipoh untuk meneruskan operasi. Hari agak tenang. Disini tiada aktiviti lain, selain memancing. Tapi gua xminat mancing. Tengok diorg mancing pun okielah. Siang mancing malam mancing. Sambil borak dan suai kenal dgn anggota2 di sini.

 

Jam 6 sudah siap untuk makan malam. Makan lagi? Haa.. Tu je lah.. Mmg makan je. Lebih senang dari ketika kerja harian. Kadang2 kerja di field hari2 sekali sehari je makan. Sarapan xsempat, makan tengah hari atau makan malam. Dah makan tengah hari, malam terus rehat xmakan. Xmakan tengah hari malam wajib mencari makanan. Sini? Lepas makan, makan. Haha.. Tapi makan sikit je.. Nak kasi kuruih skit.. Kang wife kat tak rindu dia kalau xkurus.. Hahaha..

Tapi jangan salah anggap! Bukan bermakna xbuat kerja. Kerja buat. Cuma xditerangkan keadaannya. Hehehe..

 

Malam Ajak masak kari ayam dengan ikan goreng masin. Ikan masin ni dari hasil2 mancing tu lah. Diorg tangkap, siang di jeti, jemur kering dan di goreng. Sedap. Ayam dari yang kitorg bawak hari ni.. Perghh.. Sedapnya..

 

Malam di sini selalunya diorg tengok movie atau apa saja cerita. Dari ceramah ustaz azhar idrus sampailah ke cerita Jet Li terbang2. Asal boleh tengok. Ada cerita dah berulang2 pun tengok. Tapi sebab dah xda apa. Layan je la. Gua lak bukan kaki movie. Nak bukak running man, mau kena kelar leher ngan diorg. Hahaah..

 

Malam jam 1-2 pagi selesai kerja baru tdo. Memang gelap gelita. Lampu tarak letrik tarak apa tarak. So apa lagi mmg tdo. Sini mmg pakai kelambu. Nyamuk sekali gigit. Pedih woo..

 

K lah. Malas dah nak menulis. Esok lak sambung. Haha..

 

No comments:

Post a Comment