Monday 14 April 2014

Pulau Jarak Day 8

Pulau Jarak Day 8 Khamis!!
PULANG!!
Yeay! Masa untuk pulang ke darat dan kembali dengan lumrah2 kehidupan yang normal. Semalam tdo lewat layan borak dengan geng2 anggota sini sebelum balik.
Syiok layan depa. Memalam buat air panas sambil layan borak.
Gua malas nak menulis sebab dah nak balik hahaha..
Tengok gambar je lah.


Tangkap ikan untuk jadikan lauk malam or petang


Ok. Banyak lagi gambar tapi macam susah je nak upload. Lagipun dah sampai kat tanah besar. Hahaha. Time ada masa lapang leh la tulis blog.
Kuang kuang kuang. Di kemudian hari.
7 hari tulis blog atas pulau. Sehari upload.
Citer lain lak. Kemudian hari.
Chowanbunga!

Pulau Jarak Day 7 Rabu

Menu makan

Sarapan - Nasi goreng pedas

Makan tengah hari - Masak lemak Kerapu! Woohoo..

Malam - Ikan aquarium goreng kicap

 

Hari ni bangun awal. Expect nak ikut anggota wat ronda kali terakhir. Tapi xjadi. Sebab ada orang order buah raja satu@satung@satong. Gua malas nak bawak balik. Buah tu beranai2, bersemut. Tapi diorang ni kata buah ni rare. Untuk hilangkan barah, lelah memang elok makan buah tu. Bukan makan la. Potong2 kasi kering, pastu rebus dalam air, minum. Tu cara dia. Tapi xtau lah. Duk pulau xleh google apa khasiat atau betul ke.

 

Pas manjat dapat laa seguni besar. Tapi cakap betul. Kalau anai2 masih xhilang or ada lagi semut, mmg xbawak balik. Semak kereta je. Jumaat dah la gua cuti. Bersemut kereta gua xberbaloi. Kang anai2 naik umah. Alahai malas betul.

Buah raja satun@satung

Rupa buah satun@satung yang dipotong dan dikeringkan

Takpelah. Ada orang nak. Bawak jugak lah balik. Tapi mmg malas nak bawak balik. Sebab anai2.. Hehe.. Hari ni last day. Lepak dengan diorang layan movie. Sampai ke petang. Petang ingat nak layan takraw, turun laut. Xjadi jugak. Dah mandi rasa malas. Hurm. Xtau lah. Otak dah set nak balik je tu. Hehehe..

 

Malam pun makan awal. Kul 7 dah g makan. Pas settle layan movie lagi. Huhuhu.. Rosak2. Tapi malam semalam ni mmg tdo lewat. Kul 4.30 pagi baru tdo. Duk borak dengan anggota2 duty. Esok nak balik dah. Hehe. Dijangka team yang swap akan naik kapal jam 10 pagi. Dalam kul 12 - 1 ptg sampai la depa kat pulau. Xpelah. Xda rushing. Rilek2 je. Hehhe..

 

Pagi esok nk bangun awal. Nak kemas semua benda dah. Hehehe. Ni masuk darst ni, mau berjuta2 lemon wassap masuk. Hang kejap la ipad ni. Pada yang merindu, sedang merindu dan sangat merindui gua, im on my way back. Do Miss me more. Kah kah kah.

 

Layan jom tdo.

Chow cincau

 

Pulau Jarak Day 6 Selasa

Menu

Sarapan - Nasi Lemak sambal dengan kerapu goreng

Tengah hari - nasi ngan ikan goreng cili

Malam - Special!! Ikan kerapu masak kari!!!

 

Pergh!

Kenapa pergh? Hahaha.. Hari ni rezeki mancing lain macam. Bangun pagi2 macam biasa la dah ada yang mancing, selalu dapat kecik2. Kali ni dapat kerapu kecik, ikan avatar, kerisi. Terbaik. Pagi2 dah makan nasi lemak dengan kerapu goreng. Tengah hari depa duk mancing lagi. Masing2 cuba mencuba. Dekat2 kul 4-5 ptg tu menjerit2 semua orang

 

Dapat ikan besar giler!!

 

Kerapu Rimau
Tu dia ikan champion

 

 

Kerapu jenis ada macam celoreng kat badan. Sangkut kat mancing. Besar! Panjang sama dengan dua selipar size 10 kaki gua. Berat ada 6-7 kg. Berlari semua orang. Memang xlepas la. Sebulan depa duk sini, tu ikan paling besar. Gambar2 ada kat bawah ni.

Antara ikan2 yang dapat

 


Kerisi, kerapu kecik (kecik sebab dapat yang besar) haha

 

Ikan Aquarium banyak dapat. Buat ikan masin sebab banyak sangat. Haha

Berguni2 dapat bawa balik.

 

Malam tu apa lagi. Depa wat masak kari. Kepala ikan sahaja potong 4. Setengah ekor dah boleh jamu 20 orang. Memang puas masing2 makan. Makan isi ikan kerapu tu tak rasa mcm makan ikan dah. Rasa macam makan daging. Tebal, manis, sedap. Buat pertama kali malam tu, dewan makan penuh. Nasi habis dan2 tu jugak. Memang rezeki gua la datang hari tu boleh ikan besar. Diorang kata sebelum kitorang dtg, nak dapat 10 ekor pun susah.

 

Sekarang, siap sehari dapat 200 ekor. Berlebih2. Siap buat ikan masin. Nak bawak balik umah. Malam tu mmg cerita ikan sahaja. Bukan pakai rod ke pakai apa. Tebar tali pancing camtu je sangkut. Rezeki. Selalu sangkut kat batu. Banyak dah batu ladung, mata kail sangkut kat situ. Rezeki sungguh.

 

Site masih intermittent down. Depa kata belah sana xcun lagi. Kalu belah sana xpelah. Just nak confirmation. Kalu sana betul dah cun, nak godek2 belah sini.

 

Esok separuh lagi ikan nak masak. Nak masak apa xtau. Boleh jamu 20 orang makan sebanyak 2 kali. Besar xbesar ikan.

 

Esok lusa dah nak balik. Layan. Tni duk ingat gua balik jumaat. Tapi gua balik khamis malam. Hehehe.. Harap2 sempat kerja yang sunat. kuang kuang kuang.

 

Esok pulak.

 

Pulau Jarak Day 5 Isnin

Day 5

Menu

Sarapan - Nasi goreng ikan bilis

Tengah hari - ikan masak pedas

Malam - ikan goreng pedas dengan sayur kobis

 

Hari Isnin. Dah terasa dah dekat nak balik. Semalam tdo lewat. Kul 2.30 pagi terjaga dari tdo. Golek sana golek sini, xleh tdo. Xtau kenapa. Sampai kul 4.30 pagi baru boleh tdo. Kul 6 pagi terjaga plak, ribut kuat. Baju basuh lak tu lupa angkat. Hahahah.. Gua nak taip basuh baju pun naik geli hati.. Gua duk pulau basuh baju kot. Hahaha.. Mesti mami ngan wife gua bangga gua basuh baju. Kah kah kah..

 

Kejap je pun ribut. Kul 7 dah berhenti. Alang2 kul 7.30 bangun terus. Settlekan kerja. Pas habis kerja, mandi bagai. Ingat nak ikut diorang ronda hari ni. Tapi pk ribut semalam, tanah mesti licin nya. Hari pun nampak mendung. Xjadi lah nak naik. Kang hujan tengah jalan, satu hal plak.

 

Pas sarapan, melepak kat pos guard memerhati. Borak2 dengan anggota sana. Langit pun mendung2. Syiok duk sana. Berangin jek. Yang xsyiok nya ulat bulu. Banyak. Kalau xperasan depa jatuh atas badan. Sat agi gatal la satu badan. Nak kena berjaga2 selalu. Hehehe.. Kalau xda ulat bulu mmg selesa la duk sana.

 

Member ofis tanya macam mana duk sana? Memang cukup makan, xsempat lapar dah makan lagi, rehat semua cukup. Rupa2nya tni tanya dia. Gua kata ' Kalu tni tanya, memang xcukup makan, letih, xcukup tdo' hahaha.. Saja je. Bukan nak mama risau. Saja je. Kalau mama tengok gambar2 pun tau sini sihat sejahtera. Cuma terlalu rindu pada semua. Sebab xleh call atau berhubung langsung. Hehehe...

 

Pas makan tengah hari xda buat apa. Kul 2.30 - 6.30 petang gua tertidur. Ter. Bukan sengaja. Gua malas nak tdo petang ni. Kang malam karang xleh nak tdo. Malam dah la gelap gelita. Power letrik semua xda.

 

Hari ni awal makan malam. Kul 7 mcm tu. Pas makan melepak bilik. Kul 9 mcm tu, saja layan maggie. Boring2. Kat kul 1 nak tdo, boleh pulak site down. Mampuih. Nak jatuh time siang tahan lagi. Kul 1 pagi. Gelap tak hingat. Time tu lak nak jatuh. Punya la godek satu per satu benda. Ada le sebab gua tdo petang tu. Rupanya sebab malam mmg kena berjaga. Huhuhu. Buat segala bagai cara still xnak up. Terputus la hubungan gua dengan dunia luar. Tak tau punca. Terpaksa la guna satelit phone.

 

Alternatif terakhir la tu. Sebab dah check part by part, still prob. Nak guna satelit phone pun bukan senang. Dapat pun payah2. Pas dapat call wangsa maju, confirm belah cyberjaya down. Patut la pun. Buat la apa saja. Memang xkan jadi apa la. Kalau dah jatuh belah sana, sini mmg xleh buat apa. Kat kul 4 pagi gak lagi tdo rini.

 

Sambil tunggu berita site, buat milo sejug. Lepak ngan anggota tengah duty. Lewat pagi naik bilik terus tdo.

 

Wokies sambung esok..