Menu
Sarapan - Nasi Lemak sambal dengan kerapu goreng
Tengah hari - nasi ngan ikan goreng cili
Malam - Special!! Ikan kerapu masak kari!!!
Pergh!
Kenapa pergh? Hahaha.. Hari ni rezeki mancing lain macam. Bangun pagi2 macam biasa la dah ada yang mancing, selalu dapat kecik2. Kali ni dapat kerapu kecik, ikan avatar, kerisi. Terbaik. Pagi2 dah makan nasi lemak dengan kerapu goreng. Tengah hari depa duk mancing lagi. Masing2 cuba mencuba. Dekat2 kul 4-5 ptg tu menjerit2 semua orang
Dapat ikan besar giler!!
Tu dia ikan champion |
Kerapu jenis ada macam celoreng kat badan. Sangkut kat mancing. Besar! Panjang sama dengan dua selipar size 10 kaki gua. Berat ada 6-7 kg. Berlari semua orang. Memang xlepas la. Sebulan depa duk sini, tu ikan paling besar. Gambar2 ada kat bawah ni.
Antara ikan2 yang dapat
Malam tu apa lagi. Depa wat masak kari. Kepala ikan sahaja potong 4. Setengah ekor dah boleh jamu 20 orang. Memang puas masing2 makan. Makan isi ikan kerapu tu tak rasa mcm makan ikan dah. Rasa macam makan daging. Tebal, manis, sedap. Buat pertama kali malam tu, dewan makan penuh. Nasi habis dan2 tu jugak. Memang rezeki gua la datang hari tu boleh ikan besar. Diorang kata sebelum kitorang dtg, nak dapat 10 ekor pun susah.
Sekarang, siap sehari dapat 200 ekor. Berlebih2. Siap buat ikan masin. Nak bawak balik umah. Malam tu mmg cerita ikan sahaja. Bukan pakai rod ke pakai apa. Tebar tali pancing camtu je sangkut. Rezeki. Selalu sangkut kat batu. Banyak dah batu ladung, mata kail sangkut kat situ. Rezeki sungguh.
Site masih intermittent down. Depa kata belah sana xcun lagi. Kalu belah sana xpelah. Just nak confirmation. Kalu sana betul dah cun, nak godek2 belah sini.
Esok separuh lagi ikan nak masak. Nak masak apa xtau. Boleh jamu 20 orang makan sebanyak 2 kali. Besar xbesar ikan.
Esok lusa dah nak balik. Layan. Tni duk ingat gua balik jumaat. Tapi gua balik khamis malam. Hehehe.. Harap2 sempat kerja yang sunat. kuang kuang kuang.
Esok pulak.
No comments:
Post a Comment