Monday 14 April 2014

Pulau Jarak Day 8

Pulau Jarak Day 8 Khamis!!
PULANG!!
Yeay! Masa untuk pulang ke darat dan kembali dengan lumrah2 kehidupan yang normal. Semalam tdo lewat layan borak dengan geng2 anggota sini sebelum balik.
Syiok layan depa. Memalam buat air panas sambil layan borak.
Gua malas nak menulis sebab dah nak balik hahaha..
Tengok gambar je lah.


Tangkap ikan untuk jadikan lauk malam or petang


Ok. Banyak lagi gambar tapi macam susah je nak upload. Lagipun dah sampai kat tanah besar. Hahaha. Time ada masa lapang leh la tulis blog.
Kuang kuang kuang. Di kemudian hari.
7 hari tulis blog atas pulau. Sehari upload.
Citer lain lak. Kemudian hari.
Chowanbunga!

Pulau Jarak Day 7 Rabu

Menu makan

Sarapan - Nasi goreng pedas

Makan tengah hari - Masak lemak Kerapu! Woohoo..

Malam - Ikan aquarium goreng kicap

 

Hari ni bangun awal. Expect nak ikut anggota wat ronda kali terakhir. Tapi xjadi. Sebab ada orang order buah raja satu@satung@satong. Gua malas nak bawak balik. Buah tu beranai2, bersemut. Tapi diorang ni kata buah ni rare. Untuk hilangkan barah, lelah memang elok makan buah tu. Bukan makan la. Potong2 kasi kering, pastu rebus dalam air, minum. Tu cara dia. Tapi xtau lah. Duk pulau xleh google apa khasiat atau betul ke.

 

Pas manjat dapat laa seguni besar. Tapi cakap betul. Kalau anai2 masih xhilang or ada lagi semut, mmg xbawak balik. Semak kereta je. Jumaat dah la gua cuti. Bersemut kereta gua xberbaloi. Kang anai2 naik umah. Alahai malas betul.

Buah raja satun@satung

Rupa buah satun@satung yang dipotong dan dikeringkan

Takpelah. Ada orang nak. Bawak jugak lah balik. Tapi mmg malas nak bawak balik. Sebab anai2.. Hehe.. Hari ni last day. Lepak dengan diorang layan movie. Sampai ke petang. Petang ingat nak layan takraw, turun laut. Xjadi jugak. Dah mandi rasa malas. Hurm. Xtau lah. Otak dah set nak balik je tu. Hehehe..

 

Malam pun makan awal. Kul 7 dah g makan. Pas settle layan movie lagi. Huhuhu.. Rosak2. Tapi malam semalam ni mmg tdo lewat. Kul 4.30 pagi baru tdo. Duk borak dengan anggota2 duty. Esok nak balik dah. Hehe. Dijangka team yang swap akan naik kapal jam 10 pagi. Dalam kul 12 - 1 ptg sampai la depa kat pulau. Xpelah. Xda rushing. Rilek2 je. Hehhe..

 

Pagi esok nk bangun awal. Nak kemas semua benda dah. Hehehe. Ni masuk darst ni, mau berjuta2 lemon wassap masuk. Hang kejap la ipad ni. Pada yang merindu, sedang merindu dan sangat merindui gua, im on my way back. Do Miss me more. Kah kah kah.

 

Layan jom tdo.

Chow cincau

 

Pulau Jarak Day 6 Selasa

Menu

Sarapan - Nasi Lemak sambal dengan kerapu goreng

Tengah hari - nasi ngan ikan goreng cili

Malam - Special!! Ikan kerapu masak kari!!!

 

Pergh!

Kenapa pergh? Hahaha.. Hari ni rezeki mancing lain macam. Bangun pagi2 macam biasa la dah ada yang mancing, selalu dapat kecik2. Kali ni dapat kerapu kecik, ikan avatar, kerisi. Terbaik. Pagi2 dah makan nasi lemak dengan kerapu goreng. Tengah hari depa duk mancing lagi. Masing2 cuba mencuba. Dekat2 kul 4-5 ptg tu menjerit2 semua orang

 

Dapat ikan besar giler!!

 

Kerapu Rimau
Tu dia ikan champion

 

 

Kerapu jenis ada macam celoreng kat badan. Sangkut kat mancing. Besar! Panjang sama dengan dua selipar size 10 kaki gua. Berat ada 6-7 kg. Berlari semua orang. Memang xlepas la. Sebulan depa duk sini, tu ikan paling besar. Gambar2 ada kat bawah ni.

Antara ikan2 yang dapat

 


Kerisi, kerapu kecik (kecik sebab dapat yang besar) haha

 

Ikan Aquarium banyak dapat. Buat ikan masin sebab banyak sangat. Haha

Berguni2 dapat bawa balik.

 

Malam tu apa lagi. Depa wat masak kari. Kepala ikan sahaja potong 4. Setengah ekor dah boleh jamu 20 orang. Memang puas masing2 makan. Makan isi ikan kerapu tu tak rasa mcm makan ikan dah. Rasa macam makan daging. Tebal, manis, sedap. Buat pertama kali malam tu, dewan makan penuh. Nasi habis dan2 tu jugak. Memang rezeki gua la datang hari tu boleh ikan besar. Diorang kata sebelum kitorang dtg, nak dapat 10 ekor pun susah.

 

Sekarang, siap sehari dapat 200 ekor. Berlebih2. Siap buat ikan masin. Nak bawak balik umah. Malam tu mmg cerita ikan sahaja. Bukan pakai rod ke pakai apa. Tebar tali pancing camtu je sangkut. Rezeki. Selalu sangkut kat batu. Banyak dah batu ladung, mata kail sangkut kat situ. Rezeki sungguh.

 

Site masih intermittent down. Depa kata belah sana xcun lagi. Kalu belah sana xpelah. Just nak confirmation. Kalu sana betul dah cun, nak godek2 belah sini.

 

Esok separuh lagi ikan nak masak. Nak masak apa xtau. Boleh jamu 20 orang makan sebanyak 2 kali. Besar xbesar ikan.

 

Esok lusa dah nak balik. Layan. Tni duk ingat gua balik jumaat. Tapi gua balik khamis malam. Hehehe.. Harap2 sempat kerja yang sunat. kuang kuang kuang.

 

Esok pulak.

 

Pulau Jarak Day 5 Isnin

Day 5

Menu

Sarapan - Nasi goreng ikan bilis

Tengah hari - ikan masak pedas

Malam - ikan goreng pedas dengan sayur kobis

 

Hari Isnin. Dah terasa dah dekat nak balik. Semalam tdo lewat. Kul 2.30 pagi terjaga dari tdo. Golek sana golek sini, xleh tdo. Xtau kenapa. Sampai kul 4.30 pagi baru boleh tdo. Kul 6 pagi terjaga plak, ribut kuat. Baju basuh lak tu lupa angkat. Hahahah.. Gua nak taip basuh baju pun naik geli hati.. Gua duk pulau basuh baju kot. Hahaha.. Mesti mami ngan wife gua bangga gua basuh baju. Kah kah kah..

 

Kejap je pun ribut. Kul 7 dah berhenti. Alang2 kul 7.30 bangun terus. Settlekan kerja. Pas habis kerja, mandi bagai. Ingat nak ikut diorang ronda hari ni. Tapi pk ribut semalam, tanah mesti licin nya. Hari pun nampak mendung. Xjadi lah nak naik. Kang hujan tengah jalan, satu hal plak.

 

Pas sarapan, melepak kat pos guard memerhati. Borak2 dengan anggota sana. Langit pun mendung2. Syiok duk sana. Berangin jek. Yang xsyiok nya ulat bulu. Banyak. Kalau xperasan depa jatuh atas badan. Sat agi gatal la satu badan. Nak kena berjaga2 selalu. Hehehe.. Kalau xda ulat bulu mmg selesa la duk sana.

 

Member ofis tanya macam mana duk sana? Memang cukup makan, xsempat lapar dah makan lagi, rehat semua cukup. Rupa2nya tni tanya dia. Gua kata ' Kalu tni tanya, memang xcukup makan, letih, xcukup tdo' hahaha.. Saja je. Bukan nak mama risau. Saja je. Kalau mama tengok gambar2 pun tau sini sihat sejahtera. Cuma terlalu rindu pada semua. Sebab xleh call atau berhubung langsung. Hehehe...

 

Pas makan tengah hari xda buat apa. Kul 2.30 - 6.30 petang gua tertidur. Ter. Bukan sengaja. Gua malas nak tdo petang ni. Kang malam karang xleh nak tdo. Malam dah la gelap gelita. Power letrik semua xda.

 

Hari ni awal makan malam. Kul 7 mcm tu. Pas makan melepak bilik. Kul 9 mcm tu, saja layan maggie. Boring2. Kat kul 1 nak tdo, boleh pulak site down. Mampuih. Nak jatuh time siang tahan lagi. Kul 1 pagi. Gelap tak hingat. Time tu lak nak jatuh. Punya la godek satu per satu benda. Ada le sebab gua tdo petang tu. Rupanya sebab malam mmg kena berjaga. Huhuhu. Buat segala bagai cara still xnak up. Terputus la hubungan gua dengan dunia luar. Tak tau punca. Terpaksa la guna satelit phone.

 

Alternatif terakhir la tu. Sebab dah check part by part, still prob. Nak guna satelit phone pun bukan senang. Dapat pun payah2. Pas dapat call wangsa maju, confirm belah cyberjaya down. Patut la pun. Buat la apa saja. Memang xkan jadi apa la. Kalau dah jatuh belah sana, sini mmg xleh buat apa. Kat kul 4 pagi gak lagi tdo rini.

 

Sambil tunggu berita site, buat milo sejug. Lepak ngan anggota tengah duty. Lewat pagi naik bilik terus tdo.

 

Wokies sambung esok..

 

 

 

Pulau Jarak Day 4 Ahad

Day 4

Menu makanan

Sarapan - Nasi lemak ikan bilis

Makan tengah hari - tom yam dan telur dadar

Makan malam - ikan masak kicap, ikan goreng, ikan masin

 

Hari ni hari ahad. Xda apa nak buat. Mmg rini nak rehat pun. Pagi xd plak ribut kuat. Kul 5-6 pagi mcm tu. Habis baju Yang sidai semua terbang. Hari ni mmg plan nak basuh baju.

 

Xda plan nak ronda hari ni. Tengok depa mancing je la. Tu pun dari jauh. Haha. Panas kot. Bukan takut gelap, mmg dah gelap pun. Tapi mmg xtahan panas. Pedih. Hehehe. Minggu ni kerap tul depa mancing. Sejak datang bawak joran kecik untuk depa, sehari leh dapat dalam 100-200 ekor ikan. Makin ramai lak rajin mancing. Kul 8 pagi dah atas jeti duk tangkap ngan siang ikan. Dan la untuk buat makan, ada setengah buat ikan masin tuk di bawa balik. Elok sangat la dengan matahari panas. Sesuai jemur.

 

Petang macam biasa men takraw. Kalau xarea situ boleh je nak main mcm biasa. Tapi sebabkan letak equipment, hanya boleh main bulatan je. Jadilah. Dapat kuar peluh. Kalu x, mmg tdo je. Xpun layan ipad. Main game ninja tuk bebudak kat umah tu. Diorg pesan jaga baik2 ninja diorang. Hehehe..

Hari ni xberenang lagi dalam laut. Xbawak shampoo. Maleh tul nak mandi air laut kalau xbawak shampoo. Sat agi rambut keras mcm dawai. Leceh.

 

Dalam kul 9 mcm tu g mancing. Bawak la segala jenis makanan dalam tin yang ada. G berkelah kat depan jeti. Roti, sambal ikan bilis, maggie, sotong kari semua ada. Bawak dapur portable tu. Masak sana je. Mula sikit2 depa datang. Makan ramai2 syiok. Mmg nak perabih makanan dengan depa ni pun. Dari duk tersadai xmakan, rugi.

 

Layan makan apa semua. Sampai la kul 12 malam, tu pun xhabis borak lagi. Ada aje cerita. Tapi sebab xlarat, mmg terpaksa berangkat la. Kalau x, ntah sampai kul bape baru habis. Malam tdo awal, kemas2 semua terus masuk tdo.

 

Esok la plak sambung cerita. Budgetnya esok nak ikut anggota ni pergi meronda dalam hutan tu. Tu pun antara sebab tdo awal. Fizikal kena rest. Nak manjat bukit ngan ke hutan tu bukan senang. Letih gak la badan. Tapi syiok. Pengalaman.

 

Aite. Gudnite. Gua dapat tau PKR menang untuk prk Kajang. Hurm. Dah dapat mandat tu buat la leklok. Jangan letak jawatan lagi. Xkisah pun nak 1000 kali letak jawatan pun, cuma setiap kali berubah tu, harap kajang pun ada la perubahan. Jangan berubah aja, tapi sama. Satay tetap 80 sen. Bawang xdisertakan apabila bagi kuah. Ada timun je. Kalau setakat sama je, dari kajang ke putrajaya, dari kajang ke penjara kajang xda beza pun.

Sama juga yang mentadbir negara. Tadbir la leklok. Jangan janji je. Asyik kondem belah sana tapi hangpa xda buat apa. Harap duk ngungkit benda lama yang dah buat. Kitorang bukan nak tengok jasa. Kitorang nak tengok perubahan masa depan yang lebih baik. Korang tadbir sebab diberi amanah. Bukan dipilih untuk mendabik dada atas pembangunan lalu. Rakyat lagi banyak berkorban dari hangpa kalau bab pembangunan.

 

Nite all. Tdo dulu. Nanti sambung lagi. 4 malam lagi sebelum balik ke darat. Weeee....

 

Sunday 13 April 2014

Pulau Jarak Day 3 Sabtu

Day 3

 

Hari ni bangun awal. 7 pagi bangun dah. Buat kerja rutin pastu bersiap g sarapan. Sini baik betul diorg. Asyik tanya dah makan ke belum. Asyik suruh g makan. Memang xsempat lapar. Letih la duk citer benda sama. So gua tukar format baru. Awal2 lagi gua tulis menu makan harian ok? X Ok? G tulis blog sendiri. Ni blog aku.. Hahaha.. Giler..

 

Menu day 3

Sarapan - Bihun goreng dengan keropok

Makan tengah hari - ikan pekasam dengan kuah sambal

Makan malam - ayam goreng kicap dengan ikan goreng sayur masak kicap

 

Hari ni ada kelainan skit. Hari ni lepas sarapan akan ikut anggota bertugas buat rondaan. Depa kata rondaan susah skit sebab laluan ikut bukit dan hutan. Laluan agak sukar. Mental dah prepare. Mmg standby je nak ikut diorg ni. Dalam rondaan tu kita akan g ke puncak pulau ni. Ada menara. Bila lagi nak uji ketahanan badan tul tak? Badan tegap2 tapi xleh ikut. (Erk?!)

 

Pas sarapan, tukar baju, suar, kasut untuk ikut g rondaan. Bawak 2-3 botol air. Maka bermulalah ikut rondaan dengan 6 orang termasuk gua dgn member. Gua kumpulan ke 3 dari geng gua yang nak naik ke menara. Geng 1,2 anggota sini depa kata terkandas tengah jalan. Sebab xlarat nak naik sampai atas. So diorg patah balik turun.

 

Minda dah set, ikut je. Permulaan dari bawah yang agak sukar. Faham kenapa ada geng yang terkandas. Permukaan tanah agak mencuram. Memerlukan tenaga kaki kuat. Tapi kalau dapat lepas yang tu, depan skit dah jadi x teruk. Awal2 tu je yg teruk. Pas tu bereh dah. Jalan mcm biasa.

 

Perjalanan untuk ke menara ambik masa 20 minit. Alhamdulillah sampai. Takda masalah, tidak berhenti. Mungkin sebab dah biasa bersukan, jadi dari segi fitness xda masalah. (xda masalah pun mengah2 gak hahaha) tapi okie la xberhenti2 or delay jalan. Sebelum naik menara minum air dulu. Tinggi gak menara tu.


 

Menara ni terletak tengah2 di puncak pulau. Duduk atas ni dapat la tgk keliling pulau. Kalau org tanya dah pusing satu pulau? Gua jawap 3 kali gua pusing pulau. Haha.. Berangin gak duk atas ni. Sebelah Malaysia nampak hujan. Belah Indonesia berangin. Belah Thailand nampak ghairah. Hahaha..

 

Lama gak duk atas menara tu. Layan pemandangan. Layan angin. Amik video. Bergambar. Puas hati semua, turun bawah. Turun untuk balik ke pengkalan tu ikut jalan lain. Jalan jauh skit dari route biasa. Ada jeti kecik. Anak tangga takyah kira lah. Ada kat 300 rasanya ke lebih. Tinggi. Mmg patut xnaik ikut situ. Lagi menyakitkan badan.

On the way balik, lutut terlanggar batu besar. Sengal satu kaki. Anggota situ kata batu tu dah banyak 'berjasa' dah. Hahaha.. Ramai dah org kena. Rehat jap kaki gua. Belah gua operate plak tu. Mmg gua risau jek. Pas dah okie skit teruskan jalan. Dah nak sampai dah pun. Ngam2 sampai pengkalan hujan turun. Fuuh.. Timing ngam.. Kena hujan time manjat atau atas tower takdi. Mau kelam kelibut kelautla namanya.

 

Sampai bilik, rehat jap kasi peluh hilang habis baru g mandi. Kira hari ni baru ada benda nak buat. Yang berpeluh sakan. Pas mandi, terus ajak makan plak. Pas makan duk bilik la mana lagi. Dalam kul 4 mcm tu, siap baju lengan panjang, pakai topi nelayan, turun tengok depa mancing. Gua nak mancing tak pandai. Panas kot. Tapi boleh maaf lagi la sebab baru pas ujan. Takda la terik sangat. Layan depa mancing. Sekali mancing leh dapat 70-90 ekor ikan. Besar2 ikan puyu. Boleh la wat lauk makan nanti.

 

Kul 4.45-5 mcm tu gua dah naik dah. Xtahan. Hahaha nak sedapkan hati je kata mendung. Panas gila. Duk dalam bilik sejukkan diri lu. Kul 6 tengok brader2 ni start main takraw. Dulu time g pulau mantanani xleh join. Kaki xelok. Sekarang baru boleh. Hahaha.. Berpeluh lagi.. Mmg malam tdo lena la. Letih gila.

 

Pas makan malam, xda buat apa dah. Duk saja. Mmg standby tuk tdo je. Tapi kena tdo kul 1 pagi gak. Ada kerja kena buat. Pastu pasang kelambu, terus tdo. Xda kelambu mmg gila la nyamuk. Banyak. Cakap je nak cegah nyamuk jenis mcm mana. Bakar? Lotion? Air? Pelekat? Semua ada. Haha. Dah pasang kelambu pun tepek lagi pelekat cegah nyamuk tu.

 

Settle day 3. Esok day 4. Gua nak tdo. Letih kot. Esok xda activity pelik2. Kerja rutin biasa aje. Lepak je lah. Wokies geng. Tdo lu. Pada yang mengundi di kajang, selamat mengundi.

 

Owh lupa gua nak cerita. Gua hangin sebenarnya. Gua dapat laporan chelsea menang 6-0 lawan arsenal. Arsenal kot. Pencabar liga dikalahkan. Tinggal mancheseter city je ni. Owh nape gua hangin ek? Sebab gua xdapat tgk game kot. Mau lega peminat2 arsenal ketiadaan gua di alam maya.

 

Xsenang hati gua kat pulau. Mourinho kata dia dedicate tuk gua kemenangan london. Gua kata xpe. Demi Agama, Negara dan Semua.

 

Peace gua nak tdo. Layan video anak2 gua yang diorg record dalam ipad. Rindu. Nasib diorg suka record2 dalam ipad. Terubat skit.

 

Mak dia?

:)

Night.

 

Pulau Jarak Day 2

Day 2

Awal 7 pagi dah bangun. Gelap lagi. Langit pun mendung2. Duk golek2 je la atas katil. Nak bangun xtau nak wat apa. Kejap lelap. Kejap bangun, sedar2 kul 8.30. Bangun teruih. Mandi settlekan kerja. Depa ajak sarapan dah.

 

Pergh. Tuu diaa.. Naik atas sarapan nasi lemak sambal ikan masin. Ahaha.. Sedapnya la.. Mmg kenyang.. Ikan masin xyah tanya la dari mana.. Dari ikan yang duk mancing tu la..

 

Selesai makan, borak2 dgn diorg. Habis borak turun duk dalam bilik. Apa lagi nak buat? Nak mancing? Dah la xreti, panas lak tu. Mmg duk dalam bilik la. Siang mmg xda letrik. Kul 1 ptg baru ada letrik. Kul 1 tu settle2kan kerja, depa dah ajak makan tengah hari plak. Haha.. Nasi lemak xd pun xdan nak hadam. Dah makan lagi. Layan.

 

Naik plak makan tengah hari. Lauk tu dia. Sayur kubis masak kicap, masak lemak ikan kurau masin dengan nenas. Sedap nya la. Makan lak dengan sambal pagi xd. Hahaha. Pelik tul. Mcm xpernah makan. Padahal biasa2 je. Tapi mmg sedap.

 

Pas makan tengah hari, duk dalam bilik balik. Hahaha.. Mmg dalam jurnal duk dalam bilik tempat utama. Mmg xleh pergi tempat lain. Xda tempat pun. Ada yang duk mancing ikan lagi. Panas gila tu.. Lepak layan ipad sat sambil rehat2. Mana nak dapat hari jumaat duk atas katil lagi. Baring. Hahaha..

 

Kat kul 4-5 ptg mcm tu turun g tgk depa mancing. Dapat ikan todak plak rini.. First time tengok todak.. Fuuh.. Katanya daging lembut todak ni.. Wat goreng je. Huhuhu..

 

Layan. Kul 6.30 naik bilik. Dah depa ajak makan malam plak. Hahaha makan. Duk bilik. Makan. Duk bilik. Pe benda ni? Ni kerja ke kursus bina perut? Haha. Naik la makan. Lauk malam depa masak sardin ngan sayur timun. Sardin tin tu kami bagi kat diorg. Banyak lak. Makan share2 lagi bagus. Kuah masak lemak pedas xd pun ada lagi. Menambah makan.. Hahaha.. Xjadi je acara nak kurus duk dalam pulau. Mmg jadimkisah dongeng je la nak kurus.. Sedap beb. Gua xtipu.

 

Habis makan mcm biasa. G mana? Bilik. Haha. Kul 1-2 pagi baru tdo. Esok lak bangun. Ok? So esok la plak punya citer..

 

Daaaaa....

 

Pulau Jarak

Day 1

Sampai di jeti teluk batik jam 9.30 pagi. Bot dah standby untuk ke pulau. Layan sarapan nasi lemak ayam dulu, risau atas bot sat agi lapar. Dijangkakan 4 - 7 jam berdasarkan pengalaman kumpulan pertama dan kedua. Namun kali ni bernasib baik kerana dapat bot laju dan akan tiba dalam 2 jam lebih perjalanan.

 

Sebelum bergerak, telefon dulu mami and wife. Kat pulau nanti tidak ada rangkaian komunikasi, terputus hubung dari dunia luar kecuali rangkaian komunikasi tentera dan handheld rasmi kerja. Kekecewaan penduduk kajang, saya hanya dapat doakan yang terbaik untuk pilihanraya nanti.

 

Selesai memarkir kenderaan, maka berangkatlah dari teluk batik menuju pulau jarak. Sepanjang perjalanan, hari agak mendung. Kiri kanan kelihatan hujan turun di tengah lautan, namun bernasib baik lagi hari ni dapat merentasi lautan tanpa terkena hujan lebat. Hampir dalam 1 jam perjalanan baru servis telefon terputus dan tiada lagilah hubungan komunikasi. Harga sewa bot nak ke pulau jarak dalam rm1200 rasanya. Kalau nak mancing bayar rm500 boleh dah ke pulau pangkor 4,5 orang g mancing satu boat

 

Keadaan laut agak tenang, sesekali angin tiup dari arah kawasan hujan. Memandangkan masih lama lagi untuk tiba destinasi, baringlah atas bot sambil layan lagu kat oakley thump gua. Ikut brother eddie jurupandu bot, arus atau ombak putih yg terbentuk oleh tiupan angin dipanggil 'white horse'. Kalau dah nampak banyak tu, angin kuat la tu. Di sini menurut rakan yg dah 2x trip, diorg nampak puting beliung terbentuk atas lautan. Fuuhh.. Harap2 xda apa2 lah.. Hampir 2 jam, baru nampak kelibat pulau jarak.

 

Jam 1 tengah hari kami tiba di pulau jarak. Anggota2 askar dan 2 rakan kerja standby dah di jeti. Anggota2 askar disini sangat peramah dan ringan tulang. Sesedar habis barang dah diangkat ke atas dari bot. Dah tengah hari, di jamu makan di dewan makan buat pertama kali di sana. Jangkaan kerja kat pulau menyukarkan untuk mendapat bekalan makanan melecet sama sekali. Tukang masak askar disini, dengan panggilan ajak, sangat cekap memasak. Menu tengah hari tomyam dan ayam goreng. Pergh.. Sedap bak ang!

 

Selesai makan tengah hari, bersiap2 pula untuk group sebelum ini berangkat ke tanah besar dan meninggalkan gua dengan partner dari base ipoh untuk meneruskan operasi. Hari agak tenang. Disini tiada aktiviti lain, selain memancing. Tapi gua xminat mancing. Tengok diorg mancing pun okielah. Siang mancing malam mancing. Sambil borak dan suai kenal dgn anggota2 di sini.

 

Jam 6 sudah siap untuk makan malam. Makan lagi? Haa.. Tu je lah.. Mmg makan je. Lebih senang dari ketika kerja harian. Kadang2 kerja di field hari2 sekali sehari je makan. Sarapan xsempat, makan tengah hari atau makan malam. Dah makan tengah hari, malam terus rehat xmakan. Xmakan tengah hari malam wajib mencari makanan. Sini? Lepas makan, makan. Haha.. Tapi makan sikit je.. Nak kasi kuruih skit.. Kang wife kat tak rindu dia kalau xkurus.. Hahaha..

Tapi jangan salah anggap! Bukan bermakna xbuat kerja. Kerja buat. Cuma xditerangkan keadaannya. Hehehe..

 

Malam Ajak masak kari ayam dengan ikan goreng masin. Ikan masin ni dari hasil2 mancing tu lah. Diorg tangkap, siang di jeti, jemur kering dan di goreng. Sedap. Ayam dari yang kitorg bawak hari ni.. Perghh.. Sedapnya..

 

Malam di sini selalunya diorg tengok movie atau apa saja cerita. Dari ceramah ustaz azhar idrus sampailah ke cerita Jet Li terbang2. Asal boleh tengok. Ada cerita dah berulang2 pun tengok. Tapi sebab dah xda apa. Layan je la. Gua lak bukan kaki movie. Nak bukak running man, mau kena kelar leher ngan diorg. Hahaah..

 

Malam jam 1-2 pagi selesai kerja baru tdo. Memang gelap gelita. Lampu tarak letrik tarak apa tarak. So apa lagi mmg tdo. Sini mmg pakai kelambu. Nyamuk sekali gigit. Pedih woo..

 

K lah. Malas dah nak menulis. Esok lak sambung. Haha..

 

Sunday 9 March 2014

MH370, Keluarga Tanpa Ikatan

Gua kerja travel most of the time. Selalunya travelling dalam kereta seorang diri short/long trips. Kejadian #MH370 benar2 menyentuh hati. Rutin harian/mingguan ulang alik ke rumah tiba2 digegarkan dengan kehilangan tanpa berita. Tanpa petunjuk. Tanpa diduga.

Perasaan itu xdapat digambarkan.
Tak dapat bayangkan gundah gulana hati seorang ibu, seorang bapa, seorang isteri, seorang anak, seseorang menunggu #MH370 pulang. Walaupun tiada seorang dalam penumpang tu berkait rapat dengan gua, somehow i feel deep for them.

Still not losing hope for #MH370.
ALLAH SWT Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Prayers, hopes, efforts dont lose this now.
Come back home. Whole world is waiting. Ultimately, your family is waiting.
Minggu ni travel ke alor star dan kawasan sekitarnya. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Next week lagi getir cabaran.
And to everyone else, please stay safe. Hugs and kisses to your loved ones and tell them how much they meant to you. 5minutes of forever.
#somewhereovertherainbow


From the movie "The Wizard of Oz"

Dorothy didnt give up, There's just no place like home!!
There's no place like home..
There' no place..


Tuesday 25 February 2014

Thank you Mama for today is Aireen's birthday

Time flies, Memories remain..
Thank you Kartini bt Abd Khalit..

Muda nya time ni.. Otot tangan pun xda LAGI (coverline skrg dah gemuk)

It was 14 years ago since the first time i saw you during high school. It was 7 years ago since the day we got married.. And it is 6 years ago on this date, you gave me the ultimate happiness.. Giving birth to my lovely little girl, NurPutri Aireen bt Azron Fadzrul Hisyam.

That day I was there. Next to her. In the labor room. I was given the opportunity to be with her. Allah swt want to show me something. Im sure of that. That time, nothing much i can do. This is the world, the time and the place that i cant attach to my wife. Not sure if my words ease her or i was just mumbling. My prayers is the least shield and protection i could give to her.

Kesakitan melahirkan anak. Tiada lelaki diberi kesempatan itu. Allah Maha Mengetahui kenapa.
But they got through it. You, Mami, Ibu.. Subhanallah.. Diberi kekuatan buat insan yang kita sangka sangat lemah. Hebat...

NurPutri Aireen bt Azron Fadzrul Hisyam 6 tahun lalu

So, anak2 papa Aireen, Aleesya dan Kausar.. Setiap kali birthday kakak / adik, remember to always come home and celebrate with mama.. Jangan ingat birthday adik beradik kerana itu hari lahir dia.. Ingat pada tarikh tu, mama bertarung nyawa melahirkan anak, kakak, adik utk kita..
And yes, because today birthday aireen, there's something for mama..
Tadaaa.....

Michael Kors Weston Large Satchel (konon2 expert pasal handbag)

Masa beli hadiah tuk mama orang tu kata,

O2 : Pelik nye bday anak tp wife dpt hb
Me : I xcelebrate birthday anak.. Coz wife yg susah payah lahirkan diorg. Nak bebudak tu ingat ttg pengorbanan mak..
O2 : Untungnya wife u..

I take that as compliment. (sedap gak org puji hahaha)
Little did she know, actually Im the luckiest guy to married to such a wonderful woman. Im not the perfect husband not even near to describe as a good father, yet she love me sepenuh hati.

Everytime birthday anak2, people kept asking the same question, y wife? Kenapa bukan budak2? Tak pernah jemu menjawab.
Ingin menukar mentaliti.
                                 Thousand trillion thank you xmampu membalas pengorbanan mama...
Dengan ini saya melancarkan kempen
#OnUrBirthday #callUrMOM #callUrDAD

The Ron's
Birthday cake utk Aireen bawak g school dia Tadika Khalifah Didik

Thursday 30 January 2014

Tahun Baru Cina di Kajang 2014

Gong Xi Fa Cai! Xin Nin Kuai Le!

Selamat Tahun Baru Cina.

Semalam entah kul berapa baru abis pesta bunga api. Dekat kul 12 dah mula bunga api di bakar.

Dekat kul 2 am agak reda sikit. Tapi sayup2 ada lg yang tengah menjamu mercun. Hehehe.. Sebahagian gambar semalam..

 

Ada video tapi xtau cane nak upload video dalam ni. Keh keh keh.

Belajar sikit2 dulu. Tak habis explore lagi. Lagi2 waktu anak2 ada. Memang xda peluang nak explore. Sibuk dengan diorg je.

Apa2 pun bagi yang pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya.

Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

 

Chow dulu wat masa ni.

Chow Yun Fatt.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday 29 January 2014

Blogsy! Apps untuk blogging guna duit dari bank tnie.. Hahaha..

Testing new apps from ipad for blogging. Blogsy!

Testing upload gambar. Drag and drop je rupanya.

Agak cool. Leh masukkan video sekali. Apps dengan harga $4.99. Guna tinie nya debit card. Dia bangun sat agi ngamuk le tu. Haha.

Beli je apps. Sat agi blog tulis sekali dua je. Haha. Yang lebih, guna laptop lagi senang. Sebab tulisan leh kaler2. So nampak gaya terkorban la duit tinie begitu saja untuk testing apps ni.. Hahaha..

 

Tapi kalau malas guna laptop, ni paling cepat la nak tulis. Nak try stop tulis kat fb. Panjang sangat. Tulis sini sedap skit. Panjang pun xkisah. Nak baca pun aku. Bukan ada follower.

 

Masalahnya kat fb tu org ingat aku tulis untuk diorg. Lol. Kang asyik terasa mak nenek. Sikit2 nak sentap. Sikit2 nak tunjuk terlalu pandai. Tunjuk pandai okie la aku terima. Sebab dah pandai. Tunjuk terlalu pandai yang aku tak tahan. Padahal copy bulat2 ayat kat website.. Nasi lemak kuah kacang tul..

 

Oi.. Aku nak testing je ni.. Leh lak panjang lebar..

 

Ok test update blog... Testis in 1,2,3.. Cheeeeseee..