Monday 14 April 2014

Pulau Jarak Day 5 Isnin

Day 5

Menu

Sarapan - Nasi goreng ikan bilis

Tengah hari - ikan masak pedas

Malam - ikan goreng pedas dengan sayur kobis

 

Hari Isnin. Dah terasa dah dekat nak balik. Semalam tdo lewat. Kul 2.30 pagi terjaga dari tdo. Golek sana golek sini, xleh tdo. Xtau kenapa. Sampai kul 4.30 pagi baru boleh tdo. Kul 6 pagi terjaga plak, ribut kuat. Baju basuh lak tu lupa angkat. Hahahah.. Gua nak taip basuh baju pun naik geli hati.. Gua duk pulau basuh baju kot. Hahaha.. Mesti mami ngan wife gua bangga gua basuh baju. Kah kah kah..

 

Kejap je pun ribut. Kul 7 dah berhenti. Alang2 kul 7.30 bangun terus. Settlekan kerja. Pas habis kerja, mandi bagai. Ingat nak ikut diorang ronda hari ni. Tapi pk ribut semalam, tanah mesti licin nya. Hari pun nampak mendung. Xjadi lah nak naik. Kang hujan tengah jalan, satu hal plak.

 

Pas sarapan, melepak kat pos guard memerhati. Borak2 dengan anggota sana. Langit pun mendung2. Syiok duk sana. Berangin jek. Yang xsyiok nya ulat bulu. Banyak. Kalau xperasan depa jatuh atas badan. Sat agi gatal la satu badan. Nak kena berjaga2 selalu. Hehehe.. Kalau xda ulat bulu mmg selesa la duk sana.

 

Member ofis tanya macam mana duk sana? Memang cukup makan, xsempat lapar dah makan lagi, rehat semua cukup. Rupa2nya tni tanya dia. Gua kata ' Kalu tni tanya, memang xcukup makan, letih, xcukup tdo' hahaha.. Saja je. Bukan nak mama risau. Saja je. Kalau mama tengok gambar2 pun tau sini sihat sejahtera. Cuma terlalu rindu pada semua. Sebab xleh call atau berhubung langsung. Hehehe...

 

Pas makan tengah hari xda buat apa. Kul 2.30 - 6.30 petang gua tertidur. Ter. Bukan sengaja. Gua malas nak tdo petang ni. Kang malam karang xleh nak tdo. Malam dah la gelap gelita. Power letrik semua xda.

 

Hari ni awal makan malam. Kul 7 mcm tu. Pas makan melepak bilik. Kul 9 mcm tu, saja layan maggie. Boring2. Kat kul 1 nak tdo, boleh pulak site down. Mampuih. Nak jatuh time siang tahan lagi. Kul 1 pagi. Gelap tak hingat. Time tu lak nak jatuh. Punya la godek satu per satu benda. Ada le sebab gua tdo petang tu. Rupanya sebab malam mmg kena berjaga. Huhuhu. Buat segala bagai cara still xnak up. Terputus la hubungan gua dengan dunia luar. Tak tau punca. Terpaksa la guna satelit phone.

 

Alternatif terakhir la tu. Sebab dah check part by part, still prob. Nak guna satelit phone pun bukan senang. Dapat pun payah2. Pas dapat call wangsa maju, confirm belah cyberjaya down. Patut la pun. Buat la apa saja. Memang xkan jadi apa la. Kalau dah jatuh belah sana, sini mmg xleh buat apa. Kat kul 4 pagi gak lagi tdo rini.

 

Sambil tunggu berita site, buat milo sejug. Lepak ngan anggota tengah duty. Lewat pagi naik bilik terus tdo.

 

Wokies sambung esok..

 

 

 

No comments:

Post a Comment